Selasa, 23 September 2014

Motivasi for mahasiswa. from prof. dr. muhammad tariq jamil mian





"We are not reading enough. You have books, but you don't read. If you just come here to get knowledge, you will get very superficial 

Isnin, 3 Jun 2013

Anjung Seleraku

Restoran Sri Marudu, Terletak di persimpangan yang digelar sebagai "Simpang Tiga" yg mana simpang ini menghubungkan antara tiga buah kota. Iaitu Kota Marudu, Kudat, & Kota Belud. Antara kota yang terdekat ialah Kota Marudu sejauh 10 KM jaraknya ke Restaurant.

Alamat: Bandau, Kota Marudu, Sabah.
Jenis: Restoran
Servis: Menerima tempahan untuk perbagai majlis.
No Telefon: 088 661 594

Jika anda dari perjalanan jauh, molek sungguh jika anda berkunjung ke gerai makan kami, kami menyediakan hidangan untuk anda dan kami memberikan anda ruang untuk berehat. Kerna kami tahu anda berasa lelah dan penat memandu jauh. Bersebelahan dengan gerai kami ada kedai runcit anda bolehlah membeli barang keperluan sebelum bergerak. mungkin saja anda haus ketika memandu atau lain-lainya.

Juga ada kedai urut bersebelahan kedai runcit tersebut. jika anda mahukan badan yang segar sebelum meneruskan perjalanan menuju destinasi, eloklah merurut kejap. urm jangan tersilap. Nie urut yang baik punye, tak ada urut benda lain.

Menu restoran kami, ada tiga jenis iaitu makanan hidang, makanan sup, dan makanan sedia di masak bila nak. Makanan hidang disediakan 2 kali sehari, pertama untuk sarapan dan yang kedua untuk makan tengah hari.

Masakan sup, kami menyediakan sup ayam, daging, urat dan tulang. Juga menyediakan soto ayam, daging, dan seafood.

Makanan sedia di masak bila nak, kami sediakan mengikut menu yang di bawah:
Menu


Kami juga menyediakan Nasi Ayam buatan sendiri yang hanya ada di restoran kami dengan kandungan resipi yang tersendiri, 
Nasi Ayam Sri Marudu

Kami juga ada menu nasi goreng sendiri, dengan design makanan yang menarik dan istimewa khas yang dibuat oleh chef pertama yang kami ada yang sebelum ini perna bekerja di Hotel Agoda di Kuala Lumpur.
Nasi Goreng Sri Marudu
Nasi Goreng Sri Marudu diperkenalkan pada dua bulan kemudian Restoran ini mulai berniaga, Alhamdulillah sambutan terhadap menu ini amat memberangsangkan dan terima kasih banyak-banyak buat pelanggan-pelanggan yang sudi berkunjung dan menyokong perniagaan kami, Insyaallah pada masa akan datang akan ada menu baru yang akan diciptakan oleh kami.

Teringat kepada satu keluarga pelancong dari Rusia yang berkunjung ke Restoran Sri Marudu, Teringat pada kata-katanya. Bro terima kasih' makan sini amat sedap, kalau boleh buat cawangan baru di tempat yang lebih strategik.
Jawapan dari kami: Insyaallah jika dimurahkan rezeki kami akan kembangkan perniagaan ini dan akan memperkenalkannya sebagai menu asia yang sebenarnya yang mampu berikan simbol bahawa inilah makanan negeri di bawah bayu (BORNEO)

Ahad, 2 Jun 2013

Rahsia Nasi Ayam Sri Marudu


Nasi Ayam Sri Marudu mulai diperkenalkan setelah 3 bulan perniagaan Restoran Sri Marudu mulai beroperasi. Nasi ayam ini dibuat oleh chef zul yang sebelum ini bekerja di area Kota Kinabalu dalam banyak jenis Restoran dan cafe. Dan pada tahun 2013 yang lalu dia mulai menyertai keluarga Sri Marudu dalam visi memperkenalkan nasi ayamnya yang tersendiri.
Nasi Ayam Sri Marudu

Nasi ayam ternyata membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan dimana ramai pengunjung memilih nasi ayam sebagai santapan mereka, Seperti yang sedia maklum nasi ayam ini sementara iya cepat dihidangkan iya juga mempunyai rahsia resipi tersendiri.

Nasi Ayam Sri Marudu sememangkan enak, tak dapat dinafikan melalui kata-kata puas hati yang dilemparkan pelanggan terhadap menu ini. ok sememangnya kita akan menghurai sedikit sebanyak rahsia yang digunakan oleh chef untuk hidangan ini.

Ayam: Sebagai lauk utama untuk hidangan ini, dalam menyediakan ayam untuk hidangan ini chef memastikan ayam tersebut dalam keadaan yang bersih dan segar, kemudian marinade ayam dilakukan melalui air serai.

Seterusnya ayam membincangkan tentang kuah kicap nya yang berasa unik, kuah sup kicap ini diperbuat secukup rasa seperti biasa, apa yang uniknya?
Kuah tersebut akan di panaskan dengan bahagian leher ayam, kerna bahagian ini lah yang membuahkan rasa enak.

Membincangkan soal dua perasa tambahan asing, tambahan pertama ialah sambal belada yang diperbuat dengan cili dan perasa lain, tambahan yang kedua ialah sambal halia.

Pada akhirnya bahagian nasi, apa yang uniknya, nasi ini lebih kurang sama dengan nasi yang dijual KFC, tetapi apa yang uniknya?
Nasi tersebut dimasak bercampurkan daun pandan dan penambah rasa yang sesuai, sehinggakan nasi ini laku dijual.